Friday, 28 October 2011

PENGENALAN



Program Pemulihan Khas ialah suatu usaha mengatasi murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amat penting ke arah alaf baru selepas tahun 2000 di mana perkembangan Teknologi Maklumat semakin pesat dan mencabar.
Usaha untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya murid-murid di sekolah kita dapat menguasai kemahiran asas 3M. Namun begitu kita perlu akur dalam apa jua sistem pendidikan, masih terdapat sebilangan kecil kelompok murid-murid yang sukar dan lambat untuk menguasai kemahiran asas 3M ini atas sebab-sebab yang berkaitan dengan keupayaan intelek individu.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid-murid pada peringkat awal lagi iaitu selepas saringan 2 LINUS Tahun Satu dilaksanakan. Murid LINUS Tegar iaitu yang tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3.
Melalui pelbagai program yang dilaksanakan dan kursus-kursus yang dihadiri oleh Guru-guru Pemulihan Khas akan dapat mencapai sasaran di akhir tahun 2012, semua murid dapat menguasai asas 3M.

No comments:

Post a Comment