1. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru matapelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru matapelajaran, guru bimbingan, ibu bapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid.
No comments:
Post a Comment